Wednesday, November 16, 2011

Bertudung atau Freehair ? mana satu ok ?





Assalamualaikum . Hello . 


nampak tajuk tu ? mesti ada yang ase marah or bengang sebab ekin bangkit kan isu nie kan ? korang jangan lah bengang2 , ekin just tulis apa yang jadi isu skrg nie , di sudut pandangan ekin je lah . kalau nak bangkang , ekin tak kesah :) sila kan ..


pendapat ekin :


tak kesah lah bertudung ke , freehair ke . itu hak masing2 kan ? tapi ekin pernah tgk org post kat wall pesbok : 
"sila pilih : bertudung tapi tak cukup solat 5 waktu = baik ? atau freehair tapi cukup solat 5 waktu = baik ? " , ekin tak komen dan ekin tak like . sbb ekin tak de jawapan pada semua itu .


perlu ke banding2 kan dimata kasar kita ? dek fikiran manusia ? kalau perlu , ekin nak jawab cam nie :


:: ekin tak pilih duadua sebab orang yang dia compare tu mst org yg dekat dgn dia or yang dah maki hamun or kutuk2 dia . so kita tak leh sama kan org yang bertudung or yang freehair tu sume nya baik atau sebaliknya .
:: tapi tak semesti nya jugak orang yang bertudung tu sume nya baik dan sebalik nya kan ? manusia ada kelemahan masing2 . tapi tak semestinya jugak orang yang bertudung tu tak de perasaan nak marah bila dikutuk kan ? sama lah bagi golongan yang freehair . setiap manusia ada perasaan dan ada tahap kesabarannya . so jaga perkataan anda :)
:: orang kata , orang yang kata : golongan yang bertudung adalah semesti nya baik , dan yang tak sempurna menutup aurat adalah kurang baik . jap jap . jangan marah dulu . ekin bukan nak judge orang bulat2 camtu je . yang penting niat/hati individu tu sendiri , nak jadi yang lebih baik, perlu kan masa dan penyediaan fizikal dan mental yang sepenuh nya :) betul tak ?


:: dari sudut pandangan orang rujukan ekin : orang yang bertudung tapi tak cukup solat 5 waktu : mesti cara menutup aurat tak brape sempurna , contoh bertudung tapi pakai baju lengan pendek . tidak merujuk kepada sape2 . Dan pandangan orang rujukan ekin pada orang yang freehair tapi cukup solat 5 waktu pulak : "sesungguh nya solat itu mencegah dari keji dan mungkar" salah satu kemungkaran ialah tidak menutup aurat dengan sempurna . bukan hanya untuk orang yang tidak bertudung sahaja . mungkin ada sesuatu yang tak kena di dalam solat seseorang itu . sila rujuk balik ye . ini sebagai semangat untuk jadi yang lebih baik .


ini hanyalah pandangan ekin , jika salah atau pun telah mencetuskan kemarahan anda walaupun sedikit , ekin memohon maaf . ekin hanya insan yang inginkan jawapan , dan masih mencari2 lagi . mohon maaf sekali lagi . terima kasih kerana sudi membaca entri ini . sekian , Assalamualaikum .

2 comments:

ezzu said...

baik bertudung kn...itukn tuntutan agama...

WordsToListen said...

@ezzu : itu pendapat awak :)